Ahad, 10 November 2013

Pelbagaikan Cinta Allah SWT


Cinta . Islam tidak melarang cinta . Cinta dianggap suci dalam ajaran Islam .
Kerana itulah Islam cukup mengambil berat tentang cinta .
Hari ini , ramai manusia yang terikat dengan cinta picisan . Hari ini , muda-mudi 
menyangka bahawa cinta itu adalah dengan berkucupan , berpegang tangan , 
jalan berdua-duaan , malah ada yang mengatakan bahawa cinta ini hendaklah dibuktikan 
dengan sanggup menggadaikan kehormatan diri .

Para Stalker Blog Ini ,
Cinta mempunyai maksud yang luas . Cinta kepada Allah SWT ,
Cinta kepada Rasulullah SAW , Cinta kepada orang-orang yang soleh , Cinta kepada isteri ,
Cinta kepada anak-anak , Cinta kepada kerja , Cinta kepada ilmu , 
dan pelbagai lagi medium CINTA .
Namun , manusia yang pendek akalnya akan membataskan cinta hanya kepada
Cinta sesama kekasih .

FOI (FOR OUR INFORMATION) ,
Islam mendidik penganutnya untuk menjaga kesucian Cinta . Bagi Cinta antara kekasih ,
Islam tidak melarang . Tetapi hendaklah dijaga batas-batas yang telah ditetapkan .
Antaranya , larangan bergaul bebas seperti bersentuhan , kerap menelefon , 
dan kerap berhubung .
Hal-hal ini akan membawa kepada perbuatan yang tidak senonoh .
   
Manusia menyangka Islam mengongkong umatnya , tetapi hakikatnya Islam 
menjaga kehormatan dan kemaslahatan penganutnya . Pelbagai peristiwa terjadi 
seperti hubungan seks luar nikah , anak tak sah taraf , telefon seks , malah banyak lagi 
jenis kemaksiatan yang telah berleluasa pada hari ini berpunca daripada tidak
menjaga batas-batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh Islam .

Jika kita perhatikan , CINTA itu mahal harganya . 
Jika kita sudah berpelukan , berkucupan , menjual kehormatan diri , menghilangkan
akhlak mulia peribadi , maka di manakah harga CINTA ? 

Pada aku , cinta antara dua manusia merupakan asas melahirkan sebuah keluarga . 
Keluarga pula merupakan batu-bata kepada umat .
 Sekiranya dari permulaan , yakni dari fasa percintaan antara lelaki dan perempuan 
sudah rosak , maka akan rosaklah keluarga , seterusnya rosaklah umat .
Justeru , penjagaan dari peringkat awal perlu !

Kejelasan perihal Cinta dan bagaimana untuk mengendalikannya , 
wajib diselami oleh remaja , agar tidak terjebak dalam kancah Cinta yang nista .
Cinta yang sebenar itu mestilah membawa ke syurga .
Pada aku , apa-apa yang membawa ke neraka , itu bukan Cinta namanya .

Cebisan Novel Tarbiah M/S 141 : RELASI Mencari Sahabat Sejati - Hilal Asyraf
www.langitilahi.com

InsyaAllah , apa yang kita tahu , cubalah amalkan . Mudah mudahan 
memberi fadhilat kepada diri sendiri dan orang sekeliling .
I may not perfect , but I will try my best to become a great Muslimah .

Create By : Si Blogger Tembam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan