Sabtu, 23 November 2013

" Maaf "andai kata itu bermakna .

Assalamualaikum .
Untuk kesekian kalinya , Saya Siti Nur Aisyah Aqilah binti Esa 
Selaku Empunya blog ini ingin memohon maaf andai kata
 pernah membuat sesiapa  yang membaca blog ini terasa sama ada kena mengena dengan diri anda ,
atau sebaliknya .
Di sini saya ingin berterima kasih yang amat kepada sesiapa yang menjadi
Stalker yang Setia even awak benci , awak suka atau sebaliknya .
Sekali lagi , Saya minta maaf dan terima kasih .

Untuk Keluarga , InsyaAllah saya dalam proses perubahan menjadi insan yang 
lebih baik dari sebelumnya .

All readers and judges .  Saya mohon agar kalian doakan saya . 
Andai ini entry terakhir doakan kesejahteraan saya di dunia mahupun akhirat .

Untuk sahabat dan adik , akak , abang angkat yang berkenaan dengannya .
Saya  mohon maaf . Mohon maaf di atas kesilapan dalam sepanjang perkenalan kita :')
Untuk semua yang pernah kita kongsi , memberi dan menerima .
Saya hargai sangat-sangat .
Kalian insan yang baik pernah saya ada :')

Untuk someone , somebody yang pernah mencuri hati saya .
Mohd Akmal Zulhilmi bin Mohd Anuar . 
Saya , selaku sahabat awak mungkin lebih dari itu , mohon maaf yang teramat .
Saya tahu , saya selalu buat awak terasa dengan sikap saya ,
buat awak marah , geram , sakit hati .
 Saya hargai diri awak ,
kesabaran awak dalam tangani masalah yang kita lalui .
Awak matang dalam semua ni .
Awak mungkin baik , atau terlalu baik buat diri saya .
Andai memang takdir jodoh kita ada , insyaAllah kita tetap bersama .
Doalah , itu pun kalau awak masih nak kita bersama . 
Andai kata memang tiada jodoh antara kita .

SAYA HARAP AWAK BOLEH JADI SAHABAT YANG TERBAIK :')

Saya tahu awak give up dengan hubungan kita . 
Saya , . . Saya sayang awak sangat .
Saya taknak ungkit apa-apa . 
Tapi saya mohon jangan membenci diri ini .
Saya taktahu macamana lagi nak berhubung secara baik dengan awak . 
Saya mati bicara . Hilang punca semua kata-kata dari saya .
Mati akal saya bila berhubung dengan awak .
Sungguh .
Saya malu dengan diri saya .
Anggap awak macam-macam .
Ragu dengan diri awak .
Tapi percayalah , Cinta awak , tak pernah saya ragui .
Saya bukan mahukan perpisahan .
Tapi andai jalan ni yang terbaik untuk kita  . Saya bersedia .

saya doa , saya percaya , saya mohon . 
Agar kita kembali macam dulu .
Tapi takpelah . 
Kesabaran lebih bermakna . 
Awak nak masa , saya nak masa .
Allah has a plan for us , for all His servant .

Assalamualaikum .

Jumaat, 15 November 2013

Srikandi Islam ♥

Assalamualaikum W.B.T

Tanpa banyak cakap , entry malam ni Qila just nak share dengan readers antara 
srikandi-srikandi Islam yang kita perlu tahu .
Kita orang Islam , sedikit sebanyak perlu ada kisah srikandi Islam yang kita ketahui .
Mudah-mudahan :')

Nama-nama Srikandi Islam :

1. Srikandi Medan Pertempuran – Nusaibah binti Kaab

2. Pahlawan Wanita Pertama Membunuh Musuh Islam – Safiyah Binti Abdul Mutalib

3. Pahlawan Wanita Serba Hitam – Khaulah Binti Azwar

4. Berkorban Kerana Allah – Siti Masitah

5. Orang Pertama Mati Syahid – Sumayah Binti Khubath

6. Wanita Berhati dan Berjiwa Waja – Asma Binti Abu Bakar
 
7. Pulih Penglihatan Kerana Beriman Kepada Allah - Zinirah

8. Kisahnya Dalam Al-Quran – Ratu Balqis

9. Dahaganya Dipuaskan Oleh Allah – Ghaziyah Binti Jabir

10. Mahligainya di Syurga – Aishah, Isteri Firaun

11. Kehormatan Dirnya Dipelihara Allah – Sarah, Isteri Nabi Ibrahim

12. Orang Pertama Memeluk Agama Islam – Khatijah Binti Khuwalid

13. Kisahnya dengan Telaga Zam-Zam – Siti Hajar

14. Kebijaksanaannya Terbukti di Hudaibiyah – Ummu Salamah

15. Pejuang Wanita Pertama Menyeberang Lautan – Ummu Haram

16. Pejuang yang berwibawa dan kental – Ummu Hakim Binti Al-Harith

17. Mas Kahwinnya adalah Islam – Ummu Sulaim

18. Raja pidato dan pejuang yang tabah – Asma Binti Yazid

19. Wanita yang Syahid dan Hafaz al-Quran – Ummu Waraqah Binti Abdullah

20. Allah Mendengar dan Mengabulkan Doanya - Khaulah Binti Thalabah

21. Ibu Para Syuhada dan Penyair Tersohor - Tumadhar binti Amru (Al-Khansa)

22. Wanita yang Menundukkan Singa - Halimaton Armiah

23. Srikandi Perang Maisan - Azdah binti al-Harith bin Kaldah.

24. Tawanan Perang Khaibar Yang Dimuliakan Nabi - Safiyah Binti Huyai

25. Allah Memberinya Salam - Ummu Sanan Al-Islamiyah.

26. Pemerintah Pintar dan Bijaksana - Siti Al-Malik Binti Al-Aziz

27. Permaisuri Dermawan - Zubaidah Binti Jaafar

28. Jarinya Putus Melindungi Khalifah Uthman Affan - Nailah bint Farafsah

29. Menentang dan Menjatuhkan Maruah Abu Lahab - Ummu Fadhl binti Harith

30. Pemimpin Wanita Kaum Muslimin - – Fatimah az-Zahra

31. Al-Siddiqa - Aishah binti Abu Bakar


Seronok sebenarnya bila kita tahu kisah-kisah ketabahan mereka dalam 
mempertahankan agama Allah SWT .
Ini baru dinamakan " Sharing Is Caring " ♥

Yang baik datangnya dari Allah Swt , yang kurangnya datang dari diri kita sendiri .
Dengan izin Allah , moga kita dapat selami kisah mereka dan jadikan pedoman .

Ahad, 10 November 2013

Pelbagaikan Cinta Allah SWT


Cinta . Islam tidak melarang cinta . Cinta dianggap suci dalam ajaran Islam .
Kerana itulah Islam cukup mengambil berat tentang cinta .
Hari ini , ramai manusia yang terikat dengan cinta picisan . Hari ini , muda-mudi 
menyangka bahawa cinta itu adalah dengan berkucupan , berpegang tangan , 
jalan berdua-duaan , malah ada yang mengatakan bahawa cinta ini hendaklah dibuktikan 
dengan sanggup menggadaikan kehormatan diri .

Para Stalker Blog Ini ,
Cinta mempunyai maksud yang luas . Cinta kepada Allah SWT ,
Cinta kepada Rasulullah SAW , Cinta kepada orang-orang yang soleh , Cinta kepada isteri ,
Cinta kepada anak-anak , Cinta kepada kerja , Cinta kepada ilmu , 
dan pelbagai lagi medium CINTA .
Namun , manusia yang pendek akalnya akan membataskan cinta hanya kepada
Cinta sesama kekasih .

FOI (FOR OUR INFORMATION) ,
Islam mendidik penganutnya untuk menjaga kesucian Cinta . Bagi Cinta antara kekasih ,
Islam tidak melarang . Tetapi hendaklah dijaga batas-batas yang telah ditetapkan .
Antaranya , larangan bergaul bebas seperti bersentuhan , kerap menelefon , 
dan kerap berhubung .
Hal-hal ini akan membawa kepada perbuatan yang tidak senonoh .
   
Manusia menyangka Islam mengongkong umatnya , tetapi hakikatnya Islam 
menjaga kehormatan dan kemaslahatan penganutnya . Pelbagai peristiwa terjadi 
seperti hubungan seks luar nikah , anak tak sah taraf , telefon seks , malah banyak lagi 
jenis kemaksiatan yang telah berleluasa pada hari ini berpunca daripada tidak
menjaga batas-batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh Islam .

Jika kita perhatikan , CINTA itu mahal harganya . 
Jika kita sudah berpelukan , berkucupan , menjual kehormatan diri , menghilangkan
akhlak mulia peribadi , maka di manakah harga CINTA ? 

Pada aku , cinta antara dua manusia merupakan asas melahirkan sebuah keluarga . 
Keluarga pula merupakan batu-bata kepada umat .
 Sekiranya dari permulaan , yakni dari fasa percintaan antara lelaki dan perempuan 
sudah rosak , maka akan rosaklah keluarga , seterusnya rosaklah umat .
Justeru , penjagaan dari peringkat awal perlu !

Kejelasan perihal Cinta dan bagaimana untuk mengendalikannya , 
wajib diselami oleh remaja , agar tidak terjebak dalam kancah Cinta yang nista .
Cinta yang sebenar itu mestilah membawa ke syurga .
Pada aku , apa-apa yang membawa ke neraka , itu bukan Cinta namanya .

Cebisan Novel Tarbiah M/S 141 : RELASI Mencari Sahabat Sejati - Hilal Asyraf
www.langitilahi.com

InsyaAllah , apa yang kita tahu , cubalah amalkan . Mudah mudahan 
memberi fadhilat kepada diri sendiri dan orang sekeliling .
I may not perfect , but I will try my best to become a great Muslimah .

Create By : Si Blogger Tembam