Sabtu, 12 Julai 2014

Insan Yang Bermakna

 
 11.7.2014 - Jumaat ( Ramadhan )

Aku terima satu berita .
Di mana insan yang paling dekat dengan aku .
Pergi buat selamanya .

M.Amirul Asraf Bin M.Kassim .

Abang aku , debab aku , domok aku .

Satu nama yang akan sentiasa di sudut hati .
Perginya seorang abang .
Seorang teman .
Seorang sahabat .
Seorang kawan .

Ya Allah . Adakah ini benar-benar ujian buat ku ?

Sebelum hari aku terima khabar ini .
Aku cukup tak sangka , bila Mai beritahu aku melalui 
khidmat pesanan ringkas , bertanyakan tentang kebenaran adakah benar 
arwah sudah meninggal ?

Mai : ' Ecah , bigul dah meninggal ke !? '

Mulanya aku ingat , aku ditipu , atau Mai yang ditipu oleh teman-teman di alam maya .
Rupanya benar belaka . 
Abang dah tiada lagi .
Perasaan aku kacau bilau .
Fikiran aku cukup serabut . 
Jumaat Ramadhan juga , kau pergi tinggalkan aku , abang :'(
Kau tahu betapa sedihnya aku ?
Betapa peritnya aku menerima hakikat ?

Sedangkan baru seminggu lepas aku terserempak kau di bazaar .
Tapi kau mungkin tak perasankan aku .

Kau tahu bukan sebelum ni kau selalu permainkan aku ,
bahawa kau dah tiada lah apa lah .

Sekarang ? 
Kau betul-betul tinggalkan aku .
Sampainya hati kau abang :'(



 12.7.2014 - Sabtu ( Ramadhan )

Senja hampir melabuhkan tirainya . 
Dan aku pula , masih terkenangkan seorang
 insan yang telah pergi buat selamanya .

Selepas ni , tiada lagi gurauan .
Suka duka , usik mengusik . 

Ya , benar mungkin bagi yang lain . 
Pemergian arwah adalah suatu pemergian seperti insan lain yang 
kembali pada Ilahi . 
Aku masih terfikir adakah aku bermimpi ?
Adakah aku yang tidak redha dengan ketentuanNya ?

Semua ini seperti mimpi .
Aku terima khabar yang selama ini tak pernah aku sangkakan .
Allah sedang menguji aku . 
Berlaku tiba-tiba .
Aku bukan tak mahu terima hakikat .
Tapi ini semua seperti khayalan . 
Aku benar-benar tidak menyangka perkara sebegini berlaku kepada aku .

Sungguh .
Aku sayangkan arwah .
Arwah umpama abang kandung aku sendiri .
Nasihat demi nasihat diberi .
Mengajar aku bersyukur dengan apa yang ada .
Benarlah telahan aku .

Kasih sayangnya selama ini amat memberikan impak kepada aku .
Sebelum ini , aku hanya menganggapnya sebagai abang angkat .
Seorang insan yang sentiasa ada menjadi bahu ku .
Membantu bila aku perlukan pertolongan .
Senantiasa di sisi menjadi telinga pabila aku perlukan tempat mengadu .

Aku benar-benar rindukan arwah .

Siang tadi usai kelas tambahan , aku niat nak ziarah jenazah . 
Rupanya Akmal beritahu yang jenazah sudah kebumikan .
Dan sedang dibacakan talkin .

Ya Allah , aku rasa nak pitam .

Aku tunggu Mai bersiap . 
Pergi ke tanah perkuburan , dengan perasaan yang bercampur baur .
Akhirnya . . . Aku berada di sisi kubur kau . 
Aku terdiam . Aku tak sangka . Kau dah pergi .
Kau tinggalkan aku . Kau tinggalkan keluarga kau , sahabat-sahabat kau .

Usai pulang dari tanah perkuburan , aku dan Mai singgah ke rumah kau 
untuk jumpa mak abah kau . 
Wajah mak dan abah kau benar-benar tabah abang .
Mak kau kata , tinggal berdua jelah lepas ni .
Kalau tak bertiga . Dah takde teman dah .
Aku tahu mak dan abah pasti lebih rasa kehilangan kau berbanding aku , bukan ?
 
Abang andai sahaja kau tahu .
Aku sangat sayangkan kau . 
Marah-marah aku dengan gurauan kau .
Kau tetap dalam ingatan aku .

Apa yang aku ralat , kau pulang ke Maokil untuk berbuka dengan mak abah .
Tapi kau pergi selamanya sebelum sempat berjumpa dengan keluarga kau .
Terlalu cepat kau pergi .

Lepas ni , tiada lagi panggilan Cadek Arale buat aku .
Aku akan rindukan kau sampai akhir hayat aku .

Doa aku mengiringi kau , semoga kau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman .
Abang Mirul :')

In Shaa Allah , aidilfitri nanti aku jenguk kau di sana ya abang ? 


M.Amirul Asraf Bin M.Kassim - Al-Fatihah .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan